Monday, November 17, 2014

Ucaplah Alhamdulillah


Ucaplah Alhamdulillah

Sinopsis:

Terlalu banyak nikmat berbanding ujian, namun tidak ramai yang mensyukurinya. Kalimah Alhamdulillah adalah kalimah yang mudah diungkapkan tetapi ramai yang  tidak melafazkannya. Alhamdulillah adalah kalimah pujian dari seorang hamba kepada Tuhannya.  Allah berfirman,

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu, “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.”

Buku ini menghuraikan tentang pengertian kalimah “Alhamdulillah”, hukum melafazkan dan kisah para nabi terdahulu yang mengungkapkannya untuk panduan kita dalam mensyukuri nikmat Allah.

Mengenai Produk :-

Penulis : Haliza Hj Aris

Penerbit : Must Read Sdn Bhd

Harga : RM16.90

10 Hari Kebesaran Islam


10 Hari Kebesaran Dalam Islam

Buku ini memaparkan keistimewaan yang terdapat di dalam hari-hari kebesaran Islam malah turut memaparkan amalan-amalan yang boleh dilakukan serta perbahasan dari sudut bahasa dan ilmiah mengenai hari kebesaran tersebut.

Maulidur Rasul contohnya, ia bukan sahaja perayaan bagi memperingati kelahiran nabi junjungan teragung Muhammad SAW malah lebih dari itu, ia adalah perayaan bagi mengenang jasa dan pengorbanan serta yang paling bernilai ialah kecintaan baginda SAW terhadap umatnya. Walaupun perayaan ini tidak disambut oleh Nabi SAW sendiri dan para sahabatnya namun sebagai mengenang kasih sayang yang tidak terhingga Nabi SAW kepada kita, tidak salah malah menjadi satu kebaikan jika kita merayakannya sebagai membalas cinta nabi terhadap kita. Begitu juga dengan perayaan-perayaan lain di dalam Islam, semuanya menyimpan peristiwa-peristiwa besar yang perlu dikenang dan diraikan.

Mengenai Produk :-

 Penulis : Rusydi Ramli Al-Jauhari

Penerbit : Must Read Sdn Bhd

Harga : RM16.90


Himpunan Solat-solat Sunat


Himpunan Solat-Solat Sunat

Allah berfirman, “Minta tolonglah kepadaKu dengan sabar dan melakukan solat”.

Solat bukan sahaja tiang agama malah ia juga adalah ibadah yang akan membawa kita dekat dengan Allah SWT. Dengan demikian itu, Allah akan mengabulkan segala permintaan kita dan menjaga seluruh urusan kita, sama ada urusan di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat. Nabi SAW sendiri mewajibkan dirinya untuk melaksanakan solat-solat sunat dan ibadah-ibadah sunat yang lain demi merebut cintai Ilahi apatah lagi kita yang sering lupa dan tersasar.


Buku ini adalah sebagai panduan untuk melaksanakan solat-solat sunat sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW dalam kehidupan seharian baginda. Ia juga memaparkan kaedah pelaksanaan, kelebihan, fungsi serta ganjaran yang akan diperolehi dengan melakukan solat-solat sunat tersebut.

Mengenai Produk :-

Penulis : Rusydi Ramli Aljauhari

Penerbit : Must Read Sdn Bhd

Harga : RM16.90


Terapi Patah Hati


Terapi Patah Hati

Rasulullah SAW bersabda, “Ada dua biji mata yang tidak disentuh api neraka, mata yang menangis pada waktu malam kerana takut kepada Allah SWT dan mata yang menjaga pasukan fi sabillah pada waktu malam.”

“Antara tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari kiamat, seseorang yang berzikir secara bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah SWT, maka bercucuranlah air matanya.”

Antara air mata yang tidak dituntut :

* Janganlah menangis jika cita-citamu tidak tercapai. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya?
* Janganlah menangis ketika menonton filem Hindustan. Bukankah itu cuma lakonan?
* Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas. Mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
* Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan. Mungkin kita kurang membuat persediaan.
* Janganlah menangis kalau wang kita hilang dalam perjalanan. Mungkin kita kurang bersedekah.
* Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu merupakan pemberian Tuhan.


Maka simpanlah semua air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi atas segala kesedihan yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah daripada Allah SWT

Mengenai Produk :-

PENULIS : SALAHUDIN ABD RAZAK / RUSYDI RAMLI AL - JAUHARI

PENERBIT : MUST READ SDN BHD

HARGA : RM16.90



Aurat Mahkota Wanita


Aurat Mahkota Wanita

Aurat adalah kehormatan wanita yang perlu dipelihara. Allah SWT telah menjadikan wanita ini cantik dan menarik. Oleh yang demikian setiap wanita perlu mempertahankan kecantikan ini dan bersyukur di atas anugerah yang telah diberikan oleh Allah bukan menyalahgunakannya.

Islam amat menyayangi wanita sebab itulah Islam mengariskan beberapa ketetapan dan panduan agar kemulian dan kehormatan wanita dijaga dengan baik. Islam tidak menghalang perkembangan fesyen tetapi fesyen perlu mengikut kehendak syarak yang akhirnya ia akan memelihara wanita dari diganggu dan dieksplotasi.

Mengenai Produk :-

PENULIS : RUSYDI RAMLI AL-JAUHARI
HALIZA HJ ARIS

PENERBIT : MUST READ SDN BHD

HARGA : 16.90



Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam




Biografi Agung Rasulullah SAW

BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini.

Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.

SIAPA YANG PERLU MEMILIKI BUKU INI :

Buku BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH ini harus dimiliki oleh seluruh umat Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda. Buku ini adalah sebahagian kecil usaha untuk kita sama-sama mengenal Rasulullah dan terus kekal rasa cinta kita kepada Baginda.
Firma Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud;
“Sesungguhnya Allah SWT dan Para MalaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW. Wahao orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Mengenai Produk :-

PENULIS : RUSYDI RAMLI AL-JAUHARI

PENERBIT : MUST READ SDN BHD

FORMAT : KULIT TEBAL

HARGA : RM65 

POS : FREE SEMENANJUNG MALAYSIA